Assalamualaikum
Aku belum kahwin lagi . Tapi aku nak sharing pendapat dan pengalaman aku bila saudara mara dan jiran2 aku kahwin lah ye .
1.Hantaran
Ini paling cliche pengantin perempuan wajib dapat hantaran . Paling kurang RM10,000 . Actually nilai tu tak cukup pun bagi aku . So perempuan you alls simpanlah duit sendiri juga . Kesian mak ayah kan? So untuk taknak bebankan lelaki sepakatlah kumpul duit bersama . Korang nak tahu tak? Mak aku taknak minta hantaran tinggi kalau kahwin nanti . Dia taknak jual anak katanya..Alhamdulilah mak aku dah belajar kelas agama sejak beberapa tahun lepas . Tapi kalau ikut majlis impian aku RM10000 INSYAALLAH ada lebih . Boleh buat downpayment sewa rumah lepas kahwin . InsyaAllah
2.Katering/masakan
Biasa kalau di kampung ada orang kampung tolong kan? Macam kat Felda ni orang yang sama blok datang membantu . Jimat . Satu orang tuan rumah bagi korsaj RM1 je . Katalah bunga RM1 tambah duit baru RM2 . Masa abang aku kahwin abang aku bagi 1 dolar syiling . Lain dari yang lain katanya..ada jugak yang rewang dalam 50 orang . Tapi bagi yang mampu buatlah tshirt rewang. Macam felda tempat I wanita biasanya ada baju sendiri yang sama corak.lelaki dah ada baju blok . Kalau nak ambil katering pula better you alls ambil pakej murah . Kalau saudara mara boleh tolong lagi jimat. Makanan dah ada kan . Pakej paling murah aku pernah jumpa setakat ni RM5.50 tanpa pelayan . Lauk pengantin kena tambah RM200++ . Jimat kan? Oh ya kos beli bahan mentah masa wedding abang aku RM7000 . Kakak aku RM6000 tapi tu termasuk sewa PA System juga .
3.Baju Pengantin
Aku bercadang nak jahit sendiri or hantar pada tukang jahit . Tapi standard lah tukang jahit upah paling murah aku jumpa RM150 . Kain dan beads lagi ? Kalau nak jimat better you alls sewa . Baru RM50 . Tapi kakak aku nasihatkan baju nikah sendirilah baru ada kenangan ye tak? Takpayah lah kot baju persalinan jepun hindustan saree bagai kot . Membazir . Hehehe . Tapi abang dan kakak aku ada lah buat sesi fotografi begini . Rasa nak gelak abang aku pakai baju jepun dah macam pahlawan dalam cerita cina petang petang tu haaa . Pastu ada ke patut dia minta aku parang panjang ala ala pedang . Ada gak kena pancung . Kih8888 . InsyaAllah majlis impian aku nikah dan resepsi yang sederhana . Tak perlu sanding rasanya . Aku teruja nak layan tetamu . Kalau sanding ? Nak jumpa kengkawan macam agak susah .
4.Hiasan bilik
Ini aku rasa bilik sangat peribadilah . Weeehuuu . Zaman aku baby dulu siapa kahwin mesti mak mak nak tengok bilik perantin . Tapi kalau mak andam pun dah solek you alls dalam bilik memanglah kena nampak cantik kan? Nasihat aku belilah cadar perantin sebelum nak kahwin..Kemas elok sikit . Barulah dinamakan kamar beradu you alls dan hubby ye tak ? Satu peristiwa dimana masa abang aku kahwin akak aku bebel dengan mak andam sebab kasi cadar kotor dan ada kesan inai . Mak andam mana sempat nak basuh semua kan? So kakak aku baik hati bagi cadar masa dia kahwin dulu . Cadar tu masih baru dan moden . Haha .harga standard RM400 . Kalau kau memang jenis tak duduk rumah mak you alls dan memang bilik share dengan kakak or adik kahwin kat dewan je lah.hahaha
5.Pelamin
Pelamin idaman aku ? Yang ada Hello Kityy boleh ? Tapi ustaz kata tak elok jadikan patung sebagai hiasan . So tema aku maybe JDT . hahaha . Jangan gelak . Hahahaha . Macam tak sesuai je sebab aku nak warna yang tenang . Walaaaahhhh . Mini pelamin better kot . Pelamin kan tempat bergambar je . Tapi kalau you alls buat majlis kat dewan memang mahallah kan . Maybe vendors guna 3 4 panel nak sesuaikan ruang pentas . Kalau boleh mahu ditaburi bunga ros..hahaha.. okay senang kalau you alls kreatif tak mustahil buat sendiri kan sayang ?
6.Hiburan
Macam semak je . Aku dah cakap awal awal dengan mak aku . Aku taknak karok karok ni . Bising dan lagu pula lagha. Bingit tau tak ? Apa salahnya sewa PA system kau pasang pendrive lagu2 nasyid Hafiz Hamidun kan? Tapi kalau nak jugak karok mengarut RM400 kot . Ini kalau kat kampung lah .Mak aku setuju je . Boleh pekak satu keluarga kalau lagu dangdut dan jiwang rock menanahkan telunga aku .
7.Kanopi dan Tempat Makan
Kalau sewa dewan takde hal . Aku tak pernah ambil port harga sewa dewan kampung aku . Tapi standard orang sewa RM1000 ke atas . Kalau kakak Dafi kahwin tu kat Istana Negara RM25K 8 jam . Walahhhh . Kalau kanopi standard RM300 ke atas ada kipas . Kalau kat felda ni khemah RM150 je kot . Zaman tu akak aku kahwin..sekarang ? Entah . Hahaha . Senang amik pakej kanopi dan katering jelah
8.Doorgift
Ni aku menyampah . Doorgift buat banyak banyak satu beg apa tak RM7 ke atas ? Gula2 coklat sumi kerepek cawan sabun tuala sudu . Kah9999 . Kalau aku nak bagi satu doorgift je . Kalau nak yang best lawat www.kadlawo.com gerenti beres . Hehehe . Padahal kawan aku kat Kedah dapat doorgift Buah Limau je . Waaaaaaa . Ini akan dibincangkan bila tiba masanya
9.Tarikh dan masa
Jangan kahwin masa cuti sekolah . Bajet besar mak oiii . Abang aku dulu andaman saja RM3000+++ . Pelamin cantik tapi bila tengok dekat2 bunga kotor2 . Kahwin masa puasa boleh je buat majlis berbuka . Kan kan kan? Lepas ru tarawih berjemaah . Tak solat tarawih pun tak apa tapi kan senang hati tengok semua solat jemaah lepas buka . Hehehe
. Takpun buat hari bekerja .
10 . Honeymoon
Kalau anda kahwin berhutang mesti 'segan' nak honeymoon kan ? Tapi aku kalau boleh nak honeymoon jalan satu Malaysia lah . Hahaha . Buat percutian bajet . Errrkkk . Tak romantik ? Ceh bukan aku nak kahwin ngan you alls punnnn . Wakakakaka
11. Kehidupan selepas berkahwin
Akan dibincang nanti . Simpan duit ye . Jangan bazir masa majlis . Majlis tu sehari je . Kehidupan akan datang lebih lama
Sekian . Semoga bermanfaat ya