Pages

Daisypath Happy Birthday tickers

Oct 16, 2013

Teringin nak ambil STAM ?

Assalamualaikum
Rata-rata ada yang tak tahu apa itu STAM .Malahan ada yang menganggap aku nak eja STPM tapi tertaip STAM . STAM ialah Sijil Tinggi Agama Malaysia . Ada 10 subjek iaitu Al Quran wa Tajwid, Tauhid Mantiq, Tafsir dan Ulum Tafsir, Nahu dan Saraf, Balaghah, Adab Nusus, Feqah, Hadis,Arudh Qafiyah,Insyak dan Mutala'ah. Bagi aku susah lah sikit sebab sememangnya aku yang pemalas ni tak terror arab . STAM ini adalah dibawah Lembaga Peperiksaan Malaysia okay bukan Majlis Peperiksaan Malaysia macam STPM tu.Pelajar STAM hanya perlu mengambil pengajian selama 1 tahun atau mungkin kurang sebab biasa exam bulan Oktober pada tahun tersebut . Kemasukan STAM tidak memerlukan keputusan SPM asalkan anda sudah mengambil SPM. Pernah belajar bidang agama di sekolah adalah satu kelebihan.Tetapi ada juga sekolah atau pusat STAM tidak mengambil pelajar yang bukan dari aliran agama . Maka aku recommend kepada anda Akademi Ikatan Muslimin yang terletak di Ipoh . Mungkin yurannya agak mahal bagi golongan yang ibu bapanya berpendapatan rendah . Apapun hendak seribu daya bukan? Ini adalah laman web pusat pengajian tersebut . Http://aimstam.blogspot.com

No comments: